Monday, 22 August 2011

Program Pengagihan Bubur Lambuk Pemuda Ampang

Terima kasih kepada rakan rakan pemuda dan puteri yang turut sama  turun didalam program ramadhan (pengagihan  bubur lambuk ) pemuda Ampang pada petang 21hb Ogos 2011.
 Sesungguhnya kehadiran sahabat semua menjadi kekuatan kepada kita untuk terus "Menjunjung Harapan Bangsa". Terima kasih juga kepada Dato' Ismail Kijo dan kepimpinan bahagian serta Dr Rozaidah dan wanita yang turut sama dalam program kami. -Ketua Pemuda Umno Bahagian Ampang-
video



Bagi aku progam sebegini jika berkemampuan untuk dilakukan sejak dari awal bulan ramadhan secara istiqamah insyaallah dapat merapatkan rakyat dan warga Ampang Jaya khususnya terhadap kepimpinan barisan Umno Ampang.

Di sebabkan oleh kekangan tertentu Al maklumlah bila dah bergelar pembangkang dan terpaksa berdepan dengan fuckatan rakyat...maka kepimpinan Umno Ampang cuba juga sedaya upaya yang terbaik untuk beramal dan merapatkan hubungan warga Ampang di bulan Ramadhan yang mulia ini.

Walau apa pun syabas buat pergerakan pemuda Umno Bahagian Ampang atas usaha dan penat lelah yang telah diberikan bagi menjayakan program ini.

Pengagihan bubur lambuk sebanyak 2000 paket telah berjaya di lakukan dalam tempuh masa 2 jam kepada warga Ampang yang lalu di jalan utama berhadapan pejabat bahagian. Pengagihan juga dibuat kepada Ipd polis Ampang, cawangan trafik dan jabatan bomba dan penyelamat..


Syabas sekali lagi...