Monday, 23 January 2012

Kontraktor melayu Selangor bakal gulong tikar.Apa Abang Noh Boboi buat ?

Sehingga kini masalah dan kemelut operasi kutipan sisa pepejal dan pembersihan awam masih tidak dapat diurus dengan baik oleh kerajaan negeri Selangor sejak pemecatan Alam Flora sebagai pihak pengurus konsesi perkhidmatan.

Kerajaan Selangor yang dipimpin oleh Menteri Besar bangang Khalid Gagap pada suatu waktu dahulu mewartakan yang pengurusan ini berjalan dengan lancar jelas meleset sama sekali.

Umumnya semua pihak telah mengetahui rentetan daripada pemecatan perkhidmatan AFSB di Selangor telah menyebabkan perkara ini diheret dan dibawa ke muka pengadilan apabila keluar arahan injuksi mahkamah yang dikenakan oleh pihak AFSB terhadap kerajaan negeri dan kesemua PBT di Selangor.

Yang menjadi peliknya pihak kerajaan negeri dengan berani melanggar perintah injuksi mahkamah dengan mengeluarkan tender-tender dan sebut harga yang telah dilantik oleh mereka yang kesemuanya terdiri daripada kroni kroni puak PAKATAN RAKYAT. Salahlaku ini  langsung tidak  dikenakan  sebarang tindakan dari pihak mahkamah.

Awal Mac nanti  operasi kerja kerja pungutan sisa pepejal dan pembersihan awam akan dilakukan oleh muka muka baru yang terdiri dari pihak Pakatan Rakyat.Apakah tindakan mereka ini dilihat tidak menyalahi undang undang?

Rentetan daripada salahlaku dan gunakuasa pihak kerajaan negeri ini telah menyebabkan kesemua kontraktor melayu bumiputra bakal gulong tikar dan menanggung kerugian dan hutang apabila perjanjian kontrak mereka ditamatkan atas agenda politik songsang Pakatan Rakyat yang mencabul perjanjian asal bersama pihak AFSB.

Apa pula tindakan yang bakal dilakukan oleh Abang Noh Boboi terhadap perkara ini.Setakat ini tiada sebarang tindakan yang diambil abang NOh Boboi bagi mengatasi masalah yang berlaku.

Abang Noh Boboi mungkin tidak menyedari jika operasi ini berjalan pada bulan Mac nanti kesemua kontraktor bumiputra ini akan menanggung kerugian yang besar dan hilang segala punca mata pencarian.

Atau mungkin juga Timbalan Pengerusi Perhubungan Negeri Selangor ini memang tak ambik kisah langsung atau beranggapan pandai pandai lah mereka yang bakal kehilangan kontrak yang dirampas oleh kerajaan Selangor ini nak hidup.Apa pasal aku nak pening pening kepala.

Mungkin juga si Boboi ini sedang sibuk menghabiskan waktu di perpustakaan negeri mencari kamus OXFORD untuk menterjemahkan maksud yang disebut oleh Pengerusi Perhubungan Negeri Selangor apa itu "WINABLE CANDIDATE"

Bagi aku yang disebut sebut bakal MB Selangor jika menang PRU 13 nanti memang hampas lah jawabnya.. Usahkan nak jadi MB SELANGOR jadi LABI LABI pun belum tentu lagi abang Boboi.

Janganlah leka dan alpa..Gerakkanlah jentera untuk menangani masalah ini. Ia bukan melibatkan satu dua pihak..tetapi ini merupakan keseluruhan mereka yang terlibat didalam negeri Selangor.

Benar jugalah kata mereka.. Abang Noh Boboi duduk di negeri kalah..tetapi dia tak rasa dia kalah.

PERKARA YANG TERANG TERANG SALAH LAKU PEMIMPIN PAKATAN RAKYAT .. PELIK BENAR LANGSUNG TAK ADA SATU TINDAKAN SUSULAN YANG DIBUAT.. NAK BERSUARA PUN TIDAK.. NI APA NAMA CLASS PEMIMPIN DAAA....