Friday, 10 August 2012

LCW bakal menang jikA jadi calon di Penang.

Chong Wei Calon BN Di Pulau Pinang

Sukan sememangnya mampu menyatukan rakyat sesebuah negara. Ini satu hakikat yang tidak dapat dinafikan oleh sesiapa dan Nelson Mandela telah membuktikannya.

Di Malaysia juga sama di mana setiap kali acara sukan yang menyaksikan pasukan Malaysia beraksi, pasti semua rakyat Malaysia tidak mengira kaum, agama dan fahaman politik, akan bersatu menyokong pasukan negara.

Benar, ada segelintir yang bersifat khianat terhadap negara sendiri serta tiada semangat patriotisme mahupun kesukanan seperti ADUN DAP, Manoharan Malayalam dan beberapa lagi pemimpin Pakatan Rakyat, namun jumlah mereka terlalu kecil dan tidak mampu menggoyah semangat perpaduan majoriti rakyat Malaysia di dalam sukan.

Oleh itu, dengan kemenangan pingat perak Dato' Lee Chong Wei dalam sukan Olimpik yang sedang berlangsung, ramai yang mula memperkatakan tentang kemungkinan beliau akan dinamakan sebagai calon pilihanraya. Lebih-lebih lagi apabila terdapat komen-komen positif dari peminat beliau yang mengaku akan mengundi beliau sekiranya beliau dicalonkan. Semua orang bersetuju bahawa Chong Wei telah berjaya menyatukan rakyat Malaysia.

Menurut desas-desus, ada pihak yang sedang mencuba untuk menamakan beliau sebagai calon di Pulau Pinang. Jika ini benar, ia mungkin juga sesuatu yang positif bagi mengimbangi penguasaan DAP yang gemar meniupkan api perkauman dan menghapuskan semangat cintakan negara di kalangan rakyat.

Dengan sikap Manoharan yang memperlekehkan pingat perak Chong Wei telah dengan sendirinya membuktikan bahawa DAP tidak pernah berkongsi aspirasi dan semangat negara ini.

Justeru, memandangkan Chong Wei boleh dikatakan sebagai simbol perpaduan dan semangat rakyat Malaysia, pencalonan beliau dalam pilihanraya mungkin mampu membantu rakyat yang telah tersasar gara-gara terpengaruh dengan DAP/PR, agar kembali menghargai bumi yang dipijak serta langit yang dijunjung ini.

Pencalonan Chong Wei sebagai calon pilihanraya adalah tidak mustahil menjadi nyata kerana sebelum ini, Soh Chin Aun, bekas Kapten Bolasepak Malaysia yang terkenal pernah dicalonkan untuk bertanding dalam Pilihanraya 1986 di Kota Melaka. Bagaimanapun, beliau telah kalah kepada Lim Guan Eng dengan majoriti lebih 17,000 undi.


Namun, ini tidak bermakna yang Dato' Lee Chong Wei juga akan kalah jika bertanding memandangkan rakyat benar-benar dahagakan seorang tokoh berjiwa rakyat dari kaum bukan Melayu yang mampu mempengaruhi rakyat berbagai kaum untuk menghayati semangat 1Malaysia yang diilhamkan Perdana Menteri.

Jika faktor ini diambil kira, kita tidak ragu-ragu lagi bahawa wira badminton kita ini adalah termasuk dalam kategori 'calon boleh menang' yang kita cari-cari dalam PRU nanti.

Bagaimanapun, ini hanyalah desas-desus dan sekiranya ia benar maka mungkin Malaysia perlu fikirkan semula satu perkara, iaitu: Apakah kita lebih memerlukan Dato' Lee Chong Wei untuk mengharumkan nama negara di dalam sukan badminton atau kita lebih memerlukan beliau untuk turun padang memberi penerangan serta menghulurkan bantuan kepada rakyat bagi pihak BN?

Yang pasti, melahirkan seorang wira badminton bertaraf dunia tidak semudah mencari calon pilihanraya!

Untuk itu, Syabas Dato' Lee Chong Wei! Malaysia sentiasa bersamamu, tak kira menang ataupun kalah.

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

LEPAS SATU2 IPT SELANGOR PUNAH DIKERJAKAN PR DAN KUNCO2 KHALID GAGAP

Bodoh Khalid Gagap: CF hostel unisel yg khalid gagap kata tiada CF (Sijil Kelayakan Menduduki) Habis ini apa dia...??? Bahlol punya Khalid Gagap... Samdol tak sudah2....


Lepas UNISEL, KUIS Pula Akan Hancur

Belum pun kerajaan PR Selangor sempat memikirkan penyelesaian bagi masalah UNISEL, kini masalah Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) pula timbul.

Seperti juga UNISEL, KUIS sedang mengalami masalah kewangan yang semakin hari semakin meruncing dengan tiada jalan penyelesaian yang tuntas mahupun bantuan dari pihak kerajaan negeri. Tidak dapat dipastikan sama ada masalah ini timbul sejak pertukaran Rektor yang baru pada 2010, tetapi apa yang pasti KUIS tidak pernah mengalami masalah besar ketika pemerintahan BN di Selangor.

Mungkin untuk menangani masalah kewangan ini, maka akhir-akhir ini, KUIS mewajibkan pelajar-pelajarnya tinggal di asrama. Dan sejak beberapa tahun kebelakangan, KUIS telah menaikkan kadar yuran asrama dengan kenaikan yang terlalu tinggi. Contohnya, asrama jenis D dengan 4 orang bagi 1 bilik yang sebelum ini berharga RM550 setiap seorang, kini meningkat menjadi RM700 seorang. Ada di antara asrama lain yang mana kenaikannya mencecah lebih RM1,000.

Yuran pengajian KUIS juga meningkat saban tahun dan pernah mengalami peningkatan sebanyak 100%. Perkara ini pernah dibangkitkan oleh beberapa pihak kepada media pada penghujung tahun 2011 bagi menarik perhatian kerajaan Selangor agar menanganinya segera. Namun, sehingga kini, kerajaan Selangor terus menutup mata dan memekakkan telinga.

Akibatnya, keadaan semakin buruk sehingga menyebabkan ramai pelajar terpaksa bekerja separuh masa untuk menanggung kos yuran yang mahal serta sara hidup yang semakin tinggi. Ramai mahasiswa terpaksa menangguhkan pengajian atau berhenti akibat masalah kewangan yang melanda mereka.

Justeru, ramai yang tertanya-tanya, inikah sikap kerajaan PR Selangor yang kononnya meletakkan pendidikan di tahap yang paling tinggi?

Inikah rupa kerajaan PR Selangor yang memperjuangkan pendidikan percuma kepada semua?

Inikah kerajaan yang kononnya bijak mentadbir kewangan negeri?

Apabila ramai pelajar yang berhenti, pastinya pendapatan KUIS juga terjejas. Lebih buruk lagi, apabila pengambilan baru juga semakin berkurangan kerana ramai yang tidak sanggup dan tidak mampu untuk menanggung kos pembelajaran, sara hidup dan penginapan di Universiti tersebut.

Oleh itu, bagi menampung kos operasi dan utiliti, KUIS cuba membebankan segala kos ke atas pelajar dengan menaikkan lagi yuran asrama dan sebagainya. Tindakan ini menyebabkan pengambilan pelajar berlipat ganda berkurangan sekali gus pendapatan KUIS juga berlipat ganda merosot.

Ini menjurus kepada masalah yang berganda di mana kakitangan KUIS juga berada dalam risiko menghadapi masalah tidak menerima gaji dan sebagainya sepertimana yang telah berlaku di UNISEL dan tidak lupa juga KUIN, di Kedah.

Kita tidak faham kenapa kerajaan PR langsung tidak prihatin dengan Kolej-kolej Universiti di bawah seliaan mereka?

Dengan wang yang begitu banyak seperti yang sering diwar-warkan mereka kepada rakyat, kenapakah mereka tidak dapat membantu KUIS, UNISEL atau KUIN di Kedah bagi memastikan pendidikan anak-anak muda kita tidak terjejas?

Apakah kerajaan PR sebenarnya tiada wang? Atau tidak cukup bijak untuk mencari jalan penyelesaian untuk masalah ini? Atau sememangnya tidak peduli dengan isu pendidikan dan pelajaran untuk rakyat?

Kita merasa pelik apabila kerajaan PR Selangor boleh pula mengeluarkan wang untuk membayar kos guaman pemimpin PR yang didakwa di mahkamah. Pelik lagi apabila kerajaan PR Selangor sanggup bermewah dan berhabis untuk mengadakan program-program politik. Dan semua ini dibelanjakan mereka sebelum waktu kempen pilihanraya. Bayangkan, berapa banyak agaknya wang negeri yang mereka 'sediakan' untuk kempen pilihanraya nanti?

Jika beginilah caranya PR ingin menarik undi, iaitu dengan menumpukan semua strategi, idea dan sumber kewangan untuk berpolitik dan bukan untuk rakyat, maka PR wajar lupakan saja Putrajaya. Hentikanlah berjanji mengenai pendidikan percuma atau apa saja, kerana ia bukan sahaja tidak pernah dipercayai, tetapi juga sudah tidak kelakar lagi.

Pendidikan bukan perkara kecil, ia merupakan soal masa depan. Jika ini pun tidak dapat difahami, maka apa lagi yang boleh diharapkan dari kerajaan PR?



Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Wednesday, 8 August 2012

ANWAR HALALKAN DAN IKTIRAF KAUM NABI LUTH HANYA SEMATA2 NAK JADI PM... PUIHHH !!!

Paderi Gay Kahwin: Masyarakat Kristian Malaysia Harus Tunjukkan Bantahan

Tahun lalu, seorang rakyat Malaysia keturunan Cina, Ngeo Boon Lin yang juga seorang paderi gay telah mengambil keputusan mengahwini rakan sejenisnya di sebuah gereja di Amerika.

Pasangannya seorang lelaki kulit hitam, Phineas Newborn III adalah seorang produser pementasan muzikal Broadway. Perkahwinan pelik itu dilaporkan telah didaftarkan di New York.

Semasa di awal meletusnya berita perkahwinan gay mereka berdua, pelbagai lapisan masyarakat Islam, Hindu dan Buddha telah meluahkan bantahan, kecaman dan kemarahan mereka terhadap tidakan luar tabie tersebut.

Selepas hampir setahun kisah mereka reda dari perhatian umum, tidak semena-mena timbul semula apabila kedua-duanya tampil meraikan majlis resepsi perkahwinan mereka di sebuah restoran makanan Cina di Kuala Lumpur.

Dalam satu kenyataannya kepada AP, Boon Lin mengakui isu gay cukup sensitif di Malaysia tapi peliknya seperti sengaja pula mahu mempromosikan kisah perkahwinan gay apabila turut menjemput sekumpulan wartawan ke majlis tersebut.

Jika pada tahun lalu banyak pihak tampil ke hadapan menyuarakan bantahan dan mengecam perlakuan songsang tersebut, kini bantahan yang sama juga patut diluahkan segera terhadap majlis respsi itu.

Tambahan pula sebagai rakyat Malaysia yang mempunyai adat budaya serta resamnya yang tersendiri, amat tidak bersesuaian sekali kita membiarkan sahaja kelakuan paderi dan pasangan songsangnya itu menambah biakkan lagi aktiviti sejenis sebegini.

Masyarakat Kristian di Malaysia sewajarnya bangkit menyuarakan kecaman dan bantahan mereka serta tidak sepatutnya membiarkan saja rakan-rakan agama lain sahaja yang memprotes perkahwinan dan majlis resepsi gay itu.

Setidak-tidaknya dengan bantahan tersebut dapat memberi isyarat jelas kepada Boon Lin dan pasangannya bahawa rakyat Malaysia pelbagai kaum dan agama sama sekali tidak akan merestuai amalan luar tabie tersebut.

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Tuesday, 7 August 2012

PAKATAN RAKYAT SEMAKIN MEROYAN BILA LCW PULA DI HINA DAN DI KEJI

Pakatan Rakyat Hina Lee Chong Wei

Setelah terbaca twitter ADUN DAP dan artikel di laman Suara PR mengenai kekalahan Datuk Lee Chong Wei maka sahlah bahawa Pakatan Rakyat sememangnya agen pemecah belah masyarakat. Dan seperti yang telah diketahui, sama ada PAS, DAP mahupun PKR, semuanya berpegang kepada strategi 'pecah dan perintah' demi mencapai matlamat mereka.

PAS terkenal dengan memecah belah sesama umat Islam melalui Amanat Hadi sehingga menyebabkan tragedi solat dua imam sehinggalah tragegi berdarah Memali dan Sauk. DAP pula terkenal dengan sifat perkauman yang membenci kaum Melayu serta selamanya berjuang untuk memisahkan kaum sejak di bangku sekolah serta membina 'tembok' ekonomi antara kaum Cina dengan bangsa lain. Manakala PKR pula terkenal dengan strategi mengadakan huru-hara, melaga-lagakan rakyat dengan pihak berkuasa, undang-undang serta sistem kehakiman melalui sifat talam dua-ratus muka dengan semua pihak, semua agama, semua kaum dan semua golongan manusia di dunia.

PAS, PKR dan DAP semuanya telah membuktikan kepada kita bahawa parti mereka tidak punya -semangat patriotik, malah bersifat pengkhianat. Di mana-mana saja mereka memburuk-burukkan Malaysia, mengsabotaj ekonomi negara sendiri serta sengaja ingin menggoyah kestabilan negara. Malah, tanpa segan silu mereka memperlekehkan 1Malaysia yang membawa semangat kebangsaan dan kenegaraan.

Kerana itu, kita tidak hairan apabila ADUN DAP, Manoharan Malayalam menghina Lee Chong Wei kerana kalah dalam pertandingan badminton di sukan Olympic baru-baru ini. Lebih memualkan, Manoharan bukan sahaja menghina kekalahan Chong Wei tetapi juga seolah-olah memperlekeh penampilan beliau dengan memuji lawannya, Lin Dan dari China sebagai lebih bergaya dan moden.

Laman Suara Pakatan Rakyat pula dengan tidak semena-mena mengaitkan UMNO dalam mengulas kekalahan Chong Wei. Menurut laman tersebut, UMNO harus malu kerana tidak mampu mengangkat kaum Melayu di dalam sukan sehingga semua nama-nama besar di dalam sukan di Malaysia adalah dari kaum lain.

Malah, dalam artikel kemudiannya pula, laman tersebut memanggil Chong Wei dengan gelaran kuda tua??!!

Pakatan Rakyat nampaknya menyedari bahawa sukan mampu menyatupadukan rakyat iaitu sesuatu yang amat bertentangan dengan strategi mereka.

Maka, agenda PR mengutuk Chong Wei adalah untuk memastikan kaum Cina, Melayu dan India kekal bertelagah dan prejudis sesama sendiri sehingga membelakangkan semangat kenegaraan.

Pemimpin-pemimpin PR telah melihat bagaimana sukan berjaya menyatukan dan menyerlahkan kekuatan semangat cintakan negara ketika sukan komanwel 1998 berlangsung di Kuala Lumpur di mana, pada ketika yang sama, gerakan reformasi Anwar Ibrahim sedang mengganas di bandaraya. Namun, seluruh tumpuan rakyat adalah tetap kepada sukan tersebut dan bukan Anwar Ibrahim. Malah, laungan yang bergema di stadium iaitu 'hidup Mahathir!' yang pada ketika itu Perdana Menteri, melambangkan penyatuan rakyat Malaysia di bawah kepimpinan Barisan Nasional, berjaya menenggelamkan terus mimpi Anwar sehingga ke hari ini.

Sukan juga digunakan oleh Nelson Mandela ketika beliau ingin menyatukan rakyatnya sehingga mereka melupakan isu warna kulit untuk seketika, dan kemudiannya untuk selama-lamanya.

Berdasarkan hakikat inilah, maka PR sedaya upaya ingin memastikan yang rakyat Malaysia tidak akan bersatu walaupun dalam sukan. Begitu khianat sekali para pemimpin PR terhadap negara dan rakyat sehingga sanggup menggadaikan semangat kesukanan dan patriotisme semata-mata kerana ingin berkuasa.


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone