Thursday 17 October 2013

SARAVANAN LEMBU KORBAN



Saravanan  telah menghubungi Guru Besar Sekolah Kebangsaan Puchong Jaya dan cuba mencari kelemahan, kesalahan sekolah diatas program ibadah korban penyembelihan lembu.

Alasan kerana mengganggu sentimen pelajar sekolah kaum India. Suka aku nasihatkan kepada Saravanan supaya tidak mempersoalkan  program ibadah korban ini. Atas sebab ianya diadakan di sekolah kebangsaan dan bukan sekolah jenis kebangsaan.

Bagi aku contoh yang diberikan oleh Saravanan amat kasar apabila cuba mengaitkan program penyembelihan babi di sekolah kebangsaan.

Aney.. kalau sekolah jenis kebangsaan.. kaum cina nak sembelih dan panggang babi pun itu dia punya fasallah.. Kalau sekolah jenis kebangsaan tamil nak sembah lembu pun takde masalah..kalau itu berhubung kait dengan upacara keagamaan.

Ini sekolah kebangsaan..Majoriti nya murid2 beragama Islam dan program ibadah korban ini wajib diterapkan kepada pelajar islam supaya mereka faham dan dapat melihat sendiri cara lembu tersebut di sembelih mengikut syarak dalam Islam.

Saravanan sepatutnya tidak mempersoalkan perkara ini..kerana dia amat keliru dan tidak faham tentang ibadah korban dalam Islam. jangan pula cuba mencabar mencari akta,peraturan dan pekeliling drp jabatan pendidikan atau kementerian pelajaran untuk rasionalkan aduan.

Program ibadah korban tersebut tak langsung melibatkan pelajar India dan hanya bertujuan untuk pelajar Islam. Barangkali kepada pengadu tersebut..bolehlah pindahkan anak mereka ke sekolah jenis kebangsaan tamil memandangkan kerajaan Malaysia telah menyediakan pilihan kepada mereka mereka yang  sensitif dengan perkara seperti ini atau tak mahu  menyedari Islam adalah agama rasmi Malaysia.