Thursday, 29 November 2012

BAHAYA BILA PRU JADI BAHAN UJIKAJI

Ujikaji Pilihanraya Merbahaya

Ucapan Dasar Presiden UMNO baru saja selesai, disambut dengan tepukan gemuruh dan semangat waja ahli-ahli melaungkan ikrar mempertahankan Putrajaya, sekaligus agama, bangsa dan negara. Antara isi penting yang perlu diambil iktibar oleh rakyat Malaysia ialah peringatan Presiden bahawa pilihanraya bukan satu ujikaji.

Ironi sekali apabila kita perlu mengaitkan pilihanraya dengan kedaulatan negara, survival bangsa dan akidah. Namun, itulah realitinya di Malaysia apabila kita mempunyai pembangkang yang sanggup dan mampu berbuat apa saja hatta menggadai agama, bangsa dan negara demi kuasa.

Hanya pembangkang di Malaysia sahaja yang menyeru rakyat agar 'bereksperimen' dengan kepimpinan mereka apabila ditanya mengenai hala tuju atau bentuk pemerintahan yang bakal dilaksanakan. Ini kerana mereka sendiri belum pasti mengenai hala tuju dan bentuk pemerintahan yang akan mereka laksanakan.

Tanpa segan atau malu mereka mengaku bahawa pakatan mereka membawa prinsip, 'menang dulu, fikir kemudian' setiap kali persoalan ini dibangkitkan.

Dan yang lebih ironi lagi ialah hanya di Malaysia sahaja, ada segolongan rakyat yang bersedia memperjudikan masa depan mereka di tangan pemimpin yang belum lagi berfikir tentang hala tuju kepimpinannya.

Justeru, penulis meletakkan peringatan Presiden mengenai pilihanraya di atas sebagai yang paling penting kerana sekiranya ianya tidak difahami dengan baik, maka keseluruhan ucapan dasar yang begitu jitu, tepat dan bernas tidak akan membawa makna apa-apa.

Perlu diingatkan bahawa kita mempunyai pembangkang yang sanggup 'menawarkan' negara ini kepada penjajah, sanggup mengsabotaj ekonomi negara sendiri dan menyebabkan rakyat menderita semata-mata untuk membangkitkan kemarahan mereka agar memberontak terhadap kerajaan, sekali gus memusnahkan hidup mereka sendiri.

Sebelum ada yang sanggup menyambut seruan pembangkang untuk 'ber-ujikaji' dengan menukar kerajaan, kita harus terlebih dahulu meneliti kemungkinan dari hasil ujikaji ini.

Yang pasti, hasil yang dijangka adalah 'unik' serta 'kronik'.

Hasil ujikaji dijangka 'unik' kerana kita mempunyai pembangkang yang ingin merombak segala-galanya tentang Malaysia, menghapuskan Raja-raja dan menjadikannya Negara Sekular. Kita mempunyai pembangkang yang ingin membawa kita ke belakang, ke zaman jahiliah iaitu tanpa peraturan dan adab sopan dalam hubungan sesama manusia. Kita juga punya pembangkang yang ingin membawa kita ke era gelap di mana yang ekstrem dianggap sebagai terbaik, serta menafikan hak rakyat untuk memilih cara hidup, malah pakaian juga.

Setiap rakyat yang rasional pasti sedar bahawa segala apa yang dicita-citakan oleh pembangkang ini adalah tidak sesuai, malah merbahaya untuk negara ini, masyarakat kita dan juga sebagai manusia yang berpegang kepada agama.

Yang menjadikannya 'kronik' pula ialah kita tidak pasti cita-cita yang mana satu dari kesemua cita-cita yang bertentangan pembangkang itu yang akan tercapai, sekiranya mereka menang pilihanraya.

Jika kita bereksperimen dengan bahan-bahan yang secara berasingannya sahaja sudah cukup merbahaya, apatah lagi jika dicampur bersama sedangkan elemen-elemennya saling menolak satu sama lain. Tidak mustahil ia akan membawa letupan besar yang mampu memusnahkan kesemua yang telah kita bina.

Oleh itu, ingatlah pesan Presiden bahawa keluarga kita terlalu berharga untuk dimusnahkan dengan satu ujikaji pilihanraya.

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Wednesday, 28 November 2012

Kabinet Anwar Mcm Kabinet Almari Lauk.

Tengok sendiri muka2 kabinet bayangan Pakatan Rakyat yang kononnya bakal menyelamatkan Malaysia.

Kalau di perhalusi secara terperinci, setiap mereka mempunyai cerita tersendiri melalui sejarah lepas yg tak lari dari buat huru hara,kemusnahan dan kerosakan.

Apapun tak salah Anwar utk terus mencuba..Kalau nak rombak Kabinet Almari Lauk tu pun masih sempat.

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Tuesday, 27 November 2012

Umno members must embrace its original struggle



  • Umno 66th Anniversary. Pics by Bernama
Every Umno member have to put aside self-interest and focus more to gain back 
the glory of the party (Photo by Hussein Shaharuddin/The Mole)
KUALA LUMPUR:  Some of the Umno leaders today are eyeing for wealth and 
positions instead of embracing the spirit of the party inherited from the founders, 
said veteran Umno leader Tan Sri Abdul Aziz Shamsuddin.

The former Minister of Rural and Regional Development said if the ‘disease’ is 
not treated Umno will no longer be relevant as the champion of the Malays and 
inevitably the country.

“In those days Umno was well managed by our predecessors and together with 
our partners in Perikatan (the Alliance) and subsequently Barisan Nasional, had 
managed to spur development, create wealth and ensure the stability in this country.

“However, it had attracted irresponsible people to join the party as they see the 
party as a platform to secure wealth and positions. And this is when Umno started to
 rot from within,” Abdul Aziz said when contacted by The Mole.

Abdul Aziz who is the former political-secretary to Tun Dr Mahathir Mohamad was commenting on what the statesman had said that Umno should act quickly to prevent
itself from being damaged by irresponsible people and they included some of Umno 
grass root leaders.

During a recent interview, Dr Mahathir said there are grass root leaders who are more 
keen to care for their positions than to struggle for the nation.

The problem is, these leaders are more willing to take care of their positions rather than 
to struggle sincerely for the people. They do not allow other more qualified people to join Umno,” he said.

During the interview, Dr Mahathir also raised his concern about how Umno youth is seen
to be ineffective and not contributing in rejuvenating Umno.

Commenting on this, Selangor Umno youth information chief Safarizul Mustapha said 
the views from the statesman must be taken positively as they were intended to motivate the wing.

He said it was a necessary reminder from senior politicians and it was a means to remind the youth wing to keep focus on the struggle.

“I am grateful for his statement and I won’t deny that Pemuda has its weaknesses and we will consider Tun’s remarks as that of a father to a son.

"Through the political transformation process (PTP) announced by Umno President (Datuk Seri Najib Tun Razak) some years back, we have been tasked to take care of the youth's welfare as well as convincing them that Umno and BN are the only relevant entities to be depended on.

"And Tun is constantly reminding us that we should never forget those aspirations," he said.

Safarizul, who is also the Umno Ampang division youth chief youth also pointed out that the recent campus elections, which was handsomely won by pro-Aspirasi (pro-government) groups, as well as the victories of a few BN youth leaders in by-elections, proved the younger generation is now more convinced in the struggle of Umno and BN.




sources : the mole

Monday, 26 November 2012

BEBERAPA KAWASAN DI SELANGOR BEKALAN AIR TERPUTUS, TERMASUK RUMAH KHALID GAGAP

MB Gelabah Seksyen 7, Shah Alam Tak Ada Air

Setelah puas bersilat dan bertaichi konon masalah air di Selangor hanyalah mainan politik BN untuk melemahkan PR, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Khalid Ibrahim akhirnya menepuk dahi apabila rumahnya mengalami gangguan bekalan air semalam. Pada hari minggu yang lepas, beberapa kawasan di Selangor termasuk Petaling, Klang dan Seksyen 7 Shah alam iaitu di kawasan kediaman Khalid Ibrahim, telah tidak mendapat bekalan air.

Kita harap tidak ada mana-mana pihak yang cuba bermain politik bodoh dengan menuduh UMNO sengaja memutuskan bekalan air ke rumah Khalid Ibrahim pula.

Masalah ini adalah konsisten dengan kajian yang dilakukan oleh kerajaan pusat iaitu loji penapisan tidak lagi mampu menampung jumlah permintaan yang meningkat secara drastik di Selangor. Walaupun ketika negeri ini mengalami hujan yang lebat setiap hari, kandungan air di loji tidak menunjukkan peningkatan malah mengalami kemerosotan. Kini, setelah musim hujan mula reda, kandungan air semakin berkurangan dan sedikit sahaja peningkatan dalam penggunaan ternyata mampu menyebabkan kehabisan bekalan.

Kini, segala apa yang dibimbangkan oleh kerajaan pusat telah pun menjadi nyata dan yang menjadi mangsa bukan sahaja rakyat tetapi juga Menteri Besar Selangor sendiri.

Kerajaan PR menafikan penyelesaian yang diputuskan oleh kerajaan pusat melalui projek Langat 2 dengan memberi gambaran bahawa ianya bukan penyelesaian terbaik dan konon terdapat unsur-unsur tidak telus. Walaupun telah diperjelaskan berkali-kali oleh beberapa pihak yang berpengalaman dan juga pakar-pakar tentang bagaimana keputusan penyelesaian ini dicapai, kerajaan PR Selangor tetap berdegil untuk menggunakan penyelesaian mereka sendiri.

Mereka menolak mentah-mentah keputusan kerajaan pusat walaupun sedia maklum bahawa keputusan itu dibuat berdasarkan kajian yang mendalam sejak beberapa lama serta oleh berbagai pihak.

Amatlah malang bagi rakyat Selangor apabila dalam kedegilan itu, kerajaan negeri masih gagal menemui penyelesaian yang lebih baik dari Langat 2. Malah, teknologi membran yang dicadangkan juga kini terbukti tidak praktikal. Kini, mereka cuba pula mengkaji cadangan-cadangan lain yang mana pasti mengambil masa kerana setiap cadangan akan memerlukan kajian yang mendalam juga.

Akibatnya masa terbuang begitu saja tanpa apa-apa tindakan penyelesaian.

Sedangkan, projek Langat 2, jika berjalan mengikut jadual tanpa halangan oleh kerajaan Selangor adalah dijangka siap pada Mei 2014. Mengikut kajian awal negeri Selangor dijangka mengalami kekurangan bekalan air, kira-kira 299 juta liter sehari bermula tahun ini di mana kemuncaknya akan dirasai pada tahun 2015. Melalui projek ini, air akan disalurkan ke Selangor dari Negeri Pahang.

Namun, apa yang dicadangkan oleh kerajaan PR Selangor setakat ini semuanya membabitkan pemrosesan air mentah dan bukannya menambahkan bekalan air yang menjadi punca masalah. Ini menunjukkan yang mereka tidak peka akan masalah sebenar kerana terlalu ghairah berpolitik.

Selain dari masalah air yang tidak cukup, loji baru juga amat diperlukan memandangkan keadaan loji sedia ada yang semakin buruk akibat terlalu lama dan sukar diselenggara tanpa menjejaskan bekalan kepada pengguna.

Siapa sangka, dalam keghairahan PR untuk terus mempolitikkan isu air, Khalid Ibrahim sendiri terpaksa melalui keperitan hidup tanpa bekalan air. Walaupun kesengsaraan yang dilaluinya mungkin tidak lama, namun sekurang-kurangnya beliau kini merasai akibat dari sikapnya yang berpolitik tanpa batasan.

Tidak dapat dipastikan sama ada Khalid akan insaf dan mengakui kesilapan setelah berhadapan dengan hari yang sukar tanpa bekalan air. Tetapi, kita tidak terkejut jika Khalid sanggup tidak mandi dan tidak bersuci semata-mata ingin terus bermain politik.

Jika benar, maka nampaknya, rakyat Selangor terpaksalah menunggu sehingga pemimpin-pemimpin PR Selangor sudah tidak tahan bau masing-masing akibat tak mandi pagi, sebelum akur bahawa penyelesaian yang diputuskan oleh BN adalah yang terbaik.

Ini kerana, BN sentiasa memastikan dan memutuskan hanya yang terbaik untuk rakyat jelata. Jika tidak, mana mungkin BN tetap menjadi pilihan rakyat sejak sekian lama?
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone